UMMI'S SECRET OF HEALTH

UMMI'S SECRET OF HEALTH

Monday 23 June 2014

TIPS MENYUSU PADA BULAN PUASA

Assalamualaikum...
Beberapa hari saja lagi kita akan bertemu semula dengan bulan suci Ramadhan.
Ummi-ummi yang sedang mempraktikkan `breastfeeding' mesti risau tentang penghasilan susu badan kan??
Kali ini,ummi nak kongsi dengan ummi-ummi semua tips menyusu pada bulan puasa...



1) MIND SET

Tips yang pertama adalah MIND SET... kenapa MIND SET? sebab apa yang kita fikirkan,itulah yang akan kita dapat... kalau kita fikir "mesti susu kurang sebab puasa" "susah la nak buat stok susu kalau puasa" "tak larat la nak pam waktu puasa"...hahhh!!! itu la yang akan kita dapat...susu merudum,stok susu susut,culas pam susu.. Jadi ummi-ummi WAJIB fikir yang positif sahaja ye...sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita....

2) KEKERAPAN MENGEPAM

Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu.

*kalau tidak sempat nak apply tips ni jangan sedih ye..cuba tips yang lain pula....
  *senyummm*

3) JADUAL MENGEPAM

Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast

Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):

Sesi 1 - selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tapi harus diingat: Kurang demand, kuranglah supply ya!

4) POWERPUMPING SEMINGGU SEKALI

Buat powerpumping sekali seminggu untuk create demand kepada breast ibu (untuk hantar signal kepada badan hasilkan susu yang lebih banyak). Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu. 

# Habis powerpumping, boleh tunaikan Tahajjud atau Qiam pula kan*

5) PENGAMBILAN AIR

Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya!

# Keperluan air untuk ibu menyusu adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

Untuk elakkan dehydration, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam. Dan milo/horlicks panas selepas sesi menyusu/mengepam waktu malam ya (untuk cover energy loss tadi).

6) JUADAH BERBUKA / PEMAKANAN

Bulan Ramadhan
Banyak Bazar
Makanan sedap sedap enak enak
Wah rambang mata

Hati-hati dalam memilih juadah berbuka ya ibu. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. 

Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu. 

Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.

7) KURMA

Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.

Buat macam snack aje pun sedap. Breast cepat rasa penuh. InshaAllah.

#Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung dan menyusukan..SubhanAllah

8) BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Setelah kita berusaha, berserah dan bertawakal lah kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak ibu. 

Tips ini boleh diamalkan selain dari bulan puasa juga ya. Jom mula sekarang!
Tahniah sekali lagi kerana anda memilih penyusuan susu ibu!
Selamat menyusu!

DENGAN KASIH SAYANG,
UMMI HUDA 

Sunday 15 June 2014

PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSLUSIF... MENGAPA?UNTUK APA?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tahniah kerana memilih untuk menyusukan bayi anda. 

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa memberi susu ibu adalah tuntutan bagi yang beragama Islam, sepertimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran; al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."


Walau apa pun sebab anda memilih untuk menyusukan anak anda, tahniah kerana anda ibu yang hebat. Susu ibu mengandungi khasiat yang tidak dimiliki susu lain di dunia. Antara kebaikan penyusuan badan ialah:


1. Meningkatkan sistem imunisasi, psikologi, dan membantu memberi nutrisi yang cukup kepada bayi.


2. Penyusuan eksklusif susu ibu pada 6 bulan pertama dalam jangka hayat bayi adalah cukup untuk menyokong tumbesaran bayi secara optimum. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan pada usus dan masalah pernafasan bayi. 


3. Penyusuan badan dapat membantu mengecutkan rahim ke saiz asal sebelum mengandung dan membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi kerana penyusuan badan bertindak membakar lemak-lemak di dalam badan (sebab itulah ibu menyusu memerlukan 500 kalori sehari!).


4. Penyusuan badan dapat mengelakkan risiko ibu dari terkena kanser payudara dan kanser ovari. Risiko akan semakin berkurang dengan peningkatan tempoh penyusuan susu ibu. Ini bermakna semakin lama ibu menyusukan anak, semakin berkurang risiko terkena kanser..wow!


5. Susu ibu meningkatkan pertumbuhan otak dan IQ anak kerana susu ibu adalah sel hidup yang dipindahkan dari badan ibu ke badan anak dan mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi berbanding susu formula. DHA adalah satu nutrisi penting untuk perkembangan otak anak.


6. Susu ibu sentiasa tersedia untuk si anak, dan sentiasa berada pada suhu mengikut suhu badan ibu. Suam lemak manis gitu.. Sebab itu bayi yang menyusu suka melekap dengan ibunya!


7. Susu ibu mengandungi imuniti terhadap pelbagai penyakit dan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi. Bayi yang menyusu badan jarang sakit. 


Satu fakta menarik, kulit ibu boleh mengenalpasti kuman atau virus yang terdapat pada badan dan kulit bayi, lalu badan ibu akan menghasilkan susu yang mengandungi antibodi yang boleh melawan kuman tersebut. Badan ibu mengesan kuman tersebut melalui pelukan dan ciuman ibu pada anaknya, menarik bukan!


Bayi yang menyusu badan juga terlindung (bukan sepenuhnya) dari penyakit pneumonia, bronkitis, ear infections dan macam-macam lagi.


8. Penyusuan badan dapat membantu menyokong keperluan emosi anak serta mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu.


9. Susu ibu mempunyai nutrisi lengkap untuk bayi. Susu ibu adalah custom-made mengikut keperluan bayi tersebut. Ianya mengandungi peratusan lemak, kabohidrat dan protein yang bersesuaian untuk peringkat umur bayi. Tiada susu formula yang dihasilkan mampu memberikan nutrisi yang betul-betul bersesuaian dengan keperluan tubuh bayi. Susu ibu juga sentiasa berada dalam suhu yang bersesuaian dengan keperluan bayi.


10. Susu ibu yang melahirkan anak pra-matang adalah khusus untuk bayi tersebut. Tidak ada susu formula yang dapat menghasilkan susu begini.


11. Susu formula meningkatkan risiko penyakit diabetes. Susu ibu pula dapat mengurangkan risiko diabetes. Ramai ibu yang tidak tahu bahawa kandungan glukosa dalam susu ibu lebih tinggi berbanding dalam susu formula tetapi kenapa bayi menyusu susu ibu tidak terdedah kepada diabetes? 


Ini kerana glukosa dalam susu ibu adalah dalam bentuk gula ringkas yang senang dihadam dan ditukar ke bentuk tenaga oleh badan bayi.


12. Bayi yang menyusu badan membantu mengurangkan keperluan insulin ibu yang berpenyakit diabetes.


13. Susu ibu mengurangkan risiko penyakit asma.


14. Susu formula mungkin meningkatkan risiko SIDS (sudden infant death syndrome)


15. Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat ‘childhood cancer’. Kajian menunjukkan bayi yang minum susu ibu untuk sekurang-kurangnya sebulan mempunyai 21% peluang yang lebih rendah untuk mendapat leukimia, dan 30% untuk bayi yang menyusu badan selama 6 bulan. 


16. Penyusuan badan melindungi bayi daripada beberapa masalah penglihatan.


17. Bayi yang minum susu formula lebih berisiko untuk obesiti. Susu ibu pula mengurangkan risiko mendapat kolestrol tinggi.


18. Penyusuan badan sebagai kaedah merancang keluarga secara semulajadi. Kebanyakan wanita yang menyusu badan tidak datang haid selama 6 bulan atau lebih. 


Tetapi bukanlah bermakna ibu yang menyusu badan tidak boleh mengandung langsung selama tempoh penyusuan eksklusif kerana proses ovulasi masih berlaku walaupun tanpa haid. 


19. Penyusuan badan lebih mudah berbanding susu formula. Tidak perlu membancuh susu, hanya selak baju dan tawarkan susu kepada bayi. Tidak perlu berbelanja untuk susu formula. Kerana susu ibu adalah percuma! Ianya hadiah dan anugerah dari Allah untuk hambaNya.


20. Susu formula sangat mahal. Mungkin ada yang bertanya, pam juga mahal kan? Tetapi jika dilihat secara jangka panjang, pam yang dibeli adalah untuk tempoh selama 2 tahun. Katakan satu pam berharga lebih kurang RM500. Jika RM500 dibahagikan dengan 24 bulan = RM20.83! Cukupkah RM20.83 untuk stok susu formula selama sebulan?? Itu pun jika untuk satu anak sahaja. Bagaimana pula jika pam tersebut turut digunakan untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya? Bukankah lebih murah.


21. Susu ibu bertindak sebagai ‘ubat penenang’ kepada bayi dan ibu. Bayi biasanya lebih tenang selepas minum susu ibu. Ibu juga merasa lebih tenang selepas menyusukan atau selepas mengepam. Ianya mengurangkan tekanan darah. 


Ini kerana aktiviti penyusuan susu ibu membantu membebaskan hormon gembira dan tenang untuk ibu dan bayi.


22. Susu ibu lebih sedap berbanding susu formula. 


23. Susu ibu yang segar (fresh breast milk) tidak mengandungi bakteria, malahan susu ibu sendiri adalah anti-bakteria.


24. Penyusuan susu ibu membantu pembentukan rahang dan gigi bayi yang baik. Penyusuan adalah baik untuk pembentukan gigi dan rahang bayi kerana bayi perlu menggunakan 60 kali lebih tenaga semasa menyusu. Perlakuan ketika menghisap susu akan membantu pembentukan rahang yang sempurna dan gigi yang tersusun. Semakin lama tempoh penyusuan, semakin berkurangan masalah pergigian.



Tahniah sekali lagi kerana memilih penyusuan susu ibu! 
Anda hebat! 
Selamat menyusu! 



Dengan kasih sayang,
UMMI HUDA

 

Saturday 14 June 2014

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca tersayang...

Alhamdulillah,dapat juga saya mencoret buat pertama kali di kanvas blog ini..
Blog Ummi's Secret of Health ini adalah medium bagi saya menyampaikan maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu tentang penyusuan susu ibu secara ekslusif...
Saya sendiri merupakan ummi kepada seorang permata hati yang kini menjangkau usia 9 bulan...Alhamdulillah saya masih menyusukan puteri saya sehingga kini... Jujur saya katakan puteri saya telah mula minum susu ibu dan sekali sehari minum susu formula sejak berumur 6 bulan setengah... Sebabnya adalah kemeruduman susu badan yang agak ketara setelah anak saya mula mengambil makanan pepejal ketila berusia 6 bulan... Namun begitu, sehingga kini saya masih gigih berusaha menyusukannya dengan susu badan,dan hanya minum susu formula sekali sehari ketika saya di tempat kerja... Anak saya akan menyusu badan sepenuhnya ketika saya berada di rumah atau sedang bercuti...Malah anak saya akan menolak untuk minum susu ibu di dalam botol jika saya ada berdekatan dengannya... Syukur dia masih mahu berdakap dengan umminya untuk menyusu...ALHAMDULILLAH,ALHAMDULILLAH,ALHAMDULILLAH...
Saya akan menjadi surirumah sepenuh masa bermula Julai 2014 dan  anak saya  akan mendapat penyusuan susu ibu sepenuhnya tanpa campuran susu formula...  In Sha Allah....
Di blog ini,saya akan kongsikan tips-tips penyusuan ibu,vitamin untuk penyusuan dan vitamin-vitamin lain untuk kesihatan...
Saya mengharapkan agar blog ini dapat membantu dan membuka mata ibu-ibu di luar sana mengenai indahnya penyusuan ibu secara ekslusif...saya akui ianya tidak mudah,namun ianya TIDAK MUSTAHIL....semoga SAYA,ANDA dan KITA semua beroleh kebaikan dan manfaat dari perkongsian yang tidak seberapa ini... INSYAALLAH...

Dengan kasih sayang,
UMMI HUDA