MEMULAKAN
PENYUSUAN SUSU IBU
BREAST IS BEST
Frasa di atas begitu sinonim dengan penyusuan susu ibu bukan?
Sebelum menempuh alam penyusuan, ibu digalakkan untuk melengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang boleh sebagai persediaan awal sebelum bayi dilahirkan. Namun, pada peringkat awal, ilmu asas penyusuan adalah lebih mustahak.
Kata kunci BEST adalah gabungan dan rangkuman beberapa frasa yang menjadi asas dalam memulakan penyusuan ibu.
B - Breast
E - Early
S - Skin to Skin
T - Tandem
1) BREAST merujuk kepada payudara dan puting susu ibu. Ibu perlu belajar mengenali payudara sejak dari mengandung lagi. Setiap wanita mempunyai payudara dan saiz puting yang berbeza. Perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor genetik tersendiri. Ibu boleh melakukan satu ujian untuk mengenalpasti jenis puting ibu iaitu pinch test.
Cara melakukan pinch test:
Tekan areola kira-kira satu inci daripada puting dan lihat sama ada puting timbul atau tenggelam.

Gambar A menunjukkan puting normal.
Gambar B menunjukkan puting bersaiz
agak kecil
Gambar C menunjukkan puting leper (flat
nipples)apabila dilakukan pinch test.
Gambar D menunjukkan puting
tenggelam (inverted nipples) apabila dilakukan pinch test.
Bagi kes ini, apabila dilakukan pinch
test, puting tidak timbul tetapi akan tenggelam ke belakang. Namun dengan
cara lekapan yang betul, penyusuan masih boleh dilakukan.
2) EARLY merujuk kepada masa yang sesuai untuk memulakan penyusuan.
Untuk memastikan penyusuan susu ibu yang berjaya, ibu digalakkan memberi susu
ibu sejurus selepas melahirkan (nurse baby within first hour or so after
giving birth).
Penyusuan awal selepas melahirkan
penting kerana:
- Membuat ibu lebih yakin untuk
menyusukan anak secara berterusan
- Bayi akan mendapat sepenuhnya
kebaikan immunologi dari kolostrum (susu awal yang mempunyai nutrisi yang
dapat melindung bayi dari jangkitan dan penyakit)
- Usus dan sistem pencernaan bayi
akan mula dirangsang untuk berfungsi
- Masalah dalam penyusuan dapat
dielakkan jika penyusuan dimulakan seawal ini
- Merapatkan lagi hubungan ibu dan
bayi
3) SKIN-TO-SKIN ( membantu dalam penyusuan di
peringkat awal.)
Namun, pada situasi tertentu di mana
penyusuan kali pertama tidak berjaya dilakukan atas sebab-sebab tertentu (bayi
tidak berminat, bayi seperti mengantuk, atau pelekapan kali pertama yang tidak
sempurna) kaedah Skin-to-skin boleh dilakukan.
Skin-to-skin atau Kangaroo Mother
Care adalah kaedah di mana bayi tidak dipakaikan dengan baju atau dibedung dan
diletakkan di dada ibu. Kaedah ini lebih bersifat fitrah di mana bayi akan
berada lebih rapat dengan ibu seperti semasa berada di dalam kandungan.
Antara kebaikan skin-to-skin adalah:
- Dapat menstabilkan kadar
pernafasan, denyutan jantung bayi dan tekanan darah bayi
- Bayi lebih selesa dan erat di
dalam kehangatan pelukan ibu
- Skin-to-skin dapat merangsang
sifat semulajadi bayi iaitu fitrah mencari payudara ibu untuk disusukan, dan
bersifat tenang dan manja
- Dapat mengekalkan emosi bayi dan
suhu badan bayi
4) TANDEM nursing adalah apabila ibu menyusukan dua anak yang berlainan
usia dari kedua-dua belah payudara. Tandem nursing masih boleh diteruskan
walaupun selepas ibu mendapat bayi baru.
Kebaikan tandem nursing:
- Membantu meningkatkan MER (Milk
Ejection Reflex) hisapan si abang/kakak lebih cepat dan kuat
- Mengurangkan bengkak susu yang
dialami ibu
- Membantu mengelakkan sedak susu
atau pengaliran susu yang terlalu laju kepada si adik; penyusuan boleh
dilakukan terlebih dahulu oleh abang/kakak untuk mengurangkan kelajuan
aliran susu
- Membantu si adik mendapat
berat badan stabil lebih cepat dengan kuantiti susu yang maksimum
Konsep tandem nursing juga boleh
diaplikasikan oleh ibu walaupun hanya menyusukan seorang anak. Dalam tandem
nursing, ibu menggunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan anak.
Dengan konsep tandem nursing, ibu
boleh menyusukan anak di sebelah payudara dan mengepam susu di sebelah payudara
lagi. Pengeluaran susu di kedua-dua belah payudara akan menghantar isyarat
kepada otak untuk mempercepatkan penghasilan susu dan dengan kuantiti yang
lebih banyak. Penghasilan susu adalah berdasarkan konsep Supply (pembekalan)
vs Demand (permintaan). Semakin tinggi permintaan, semakin banyak
penghasilan/pembekalan.
Semoga bermanfaat ibu!
Dengan kasih sayang,
UMMI HUDA
Dengan kasih sayang,
UMMI HUDA
No comments:
Post a Comment