"Baby saya tak pandai hisap
susu.."
"Puting susu saya
tenggelam..patutlah baby tak dapat hisap"
Keluhan-keluhan di atas biasa kita
dengar dari ibu yang mungkin mengalami masalah dengan penyusuan kali pertama.
Tahukah ibu, perlakuan seperti menghisap susu (suckling motion) telah
dilakukan oleh bayi sejak di dalam kandungan ibu lagi.
MENYUSU SUSU IBU ADALAH FITRAH BAGI
BAYI
Dalam post yang lepas ibu dah
belajar dan mengenali jenis puting susu masing-masing. Kali ini ibu perlu tahu
CARA LEKAPAN yang betul untuk memastikan penyusuan berjaya dilakukan.
Ramai ibu beranggapan yang ibu tidak
dapat menyusukan bayi dengan keadaan puting yang tenggelam (inverted), kecil
atau rata (flat nipple). Tahukah ibu, ibu masih boleh menyusukan seperti biasa
walaupun keadaan puting ibu tenggelam, kecil atau rata.
Payudara ibu diumpamakan seperti
satu cawan berisi air, manakala puting susu adalah straw. Tanpa straw, kita
masih boleh minum air di dalam tersebut. Maka yakinlah ibu, dengan cara yang
betul ibu pasti dapat menyusukan anak ibu.
Ini kerana, susu dapat dikeluarkan
dengan betul jika hisapan berlaku di tampuk hitam (areola). Ya, kawasan yang
berwarna sedikit gelap di sekeliling puting tersebut mengandungi banyak duktus
susu. Hisapan yang tepat di areola akan mengeluarkan susu yang berada di dalam
payudara ibu.
BAGAIMANA CARANYA MEMULAKAN LEKAPAN
PERTAMA?
Setiap bayi akan menunjukkan
beberapa signal ingin menyusu yang tertentu untuk memberitahu yang mereka
bersedia untuk menyusu. Antaranya menggeliat, menghisap jari dan merengek.
Menangis adalah signal lambat bagi sesetengah bayi.
Apabila bayi sudah mula menunjukkan
tanda-tanda ingin menyusu, mulakan lekapan seperti dalam gambarajah di atas.
1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu.
(Important: Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan
dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk
pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan puting ibu ke bibir
bayi, acah-acah sehingga bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap).
5. Masukkan puting ke dalam mulut
bayi.
6. Pastikan sebahagian besar areola
(tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi.
7. Kedua-dua ibu dan bayi mestilah
berada di dalam posisi yang selesa. Gunakan nursing pillow untuk membantu
menyokong tangan ibu.
BAGAIMANA MENGENALPASTI JIKA LEKAPAN
IBU ADALAH BETUL dan PENYUSUAN BERJAYA DILAKUKAN?
1. Dagu bayi bersentuhan dengan
payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi
terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan
hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern "hisap telan, hisap
telan".
6. Payudara berasa ringan dan kosong
selepas sesi penyusuan.
APAKAH POSISI MENYUSU YANG SESUAI
DAN SELESA UNTUK IBU?
Ada pelbagai posisi yang ibu boleh
cuba, yang penting posisi tersebut boleh membuatkan ibu selesa semasa sesi
menyusu dan tidak mengganggu lekapan bayi ketika menyusu.
Jika bayi ada masalah untuk menyusu
kali pertama, ibu jangan putus asa.
Usahakan untuk lekapan setiap hari
sehingga ibu dan bayi berjaya. Bagi masa kepada ibu dan bayi untuk
berlatih. Practice makes perfect!!
Semoga bermanfaat ibu.
Bayi kenyang, ibu bahagia. ❤Selamat menyusu ibu❤
DENGAN KASIH SAYANG,
UMMI HUDA
No comments:
Post a Comment