UMMI'S SECRET OF HEALTH

UMMI'S SECRET OF HEALTH

Sunday 11 January 2015

Baby yang baru lahir tak pandai menyusu.. Betul ke?


"Baby saya tak pandai hisap susu.."

"Puting susu saya tenggelam..patutlah baby tak dapat hisap"

Keluhan-keluhan di atas biasa kita dengar dari ibu yang mungkin mengalami masalah dengan penyusuan kali pertama. Tahukah ibu, perlakuan seperti menghisap susu (suckling motion) telah dilakukan oleh bayi sejak di dalam kandungan ibu lagi. 

MENYUSU SUSU IBU ADALAH FITRAH BAGI BAYI

Dalam post yang lepas ibu dah belajar dan mengenali jenis puting susu masing-masing. Kali ini ibu perlu tahu CARA LEKAPAN yang betul untuk memastikan penyusuan berjaya dilakukan.

Ramai ibu beranggapan yang ibu tidak dapat menyusukan bayi dengan keadaan puting yang tenggelam (inverted), kecil atau rata (flat nipple). Tahukah ibu, ibu masih boleh menyusukan seperti biasa walaupun keadaan puting ibu tenggelam, kecil atau rata.

Payudara ibu diumpamakan seperti satu cawan berisi air, manakala puting susu adalah straw. Tanpa straw, kita masih boleh minum air di dalam tersebut. Maka yakinlah ibu, dengan cara yang betul ibu pasti dapat menyusukan anak ibu.

Ini kerana, susu dapat dikeluarkan dengan betul jika hisapan berlaku di tampuk hitam (areola). Ya, kawasan yang berwarna sedikit gelap di sekeliling puting tersebut mengandungi banyak duktus susu. Hisapan yang tepat di areola akan mengeluarkan susu yang berada di dalam payudara ibu. 

BAGAIMANA CARANYA MEMULAKAN LEKAPAN PERTAMA?


Setiap bayi akan menunjukkan beberapa signal ingin menyusu yang tertentu untuk memberitahu yang mereka bersedia untuk menyusu. Antaranya menggeliat, menghisap jari dan merengek. Menangis adalah signal lambat bagi sesetengah bayi.


Apabila bayi sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu, mulakan lekapan seperti dalam gambarajah di atas.

1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu. (Important: Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan puting ibu ke bibir bayi, acah-acah sehingga bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap).
5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi.
6. Pastikan sebahagian besar areola (tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi.
7. Kedua-dua ibu dan bayi mestilah berada di dalam posisi yang selesa. Gunakan nursing pillow untuk membantu menyokong tangan ibu.

BAGAIMANA MENGENALPASTI JIKA LEKAPAN IBU ADALAH BETUL dan PENYUSUAN BERJAYA DILAKUKAN?

1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern "hisap telan, hisap telan". 
6. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan. 

APAKAH POSISI MENYUSU YANG SESUAI DAN SELESA UNTUK IBU?

Ada pelbagai posisi yang ibu boleh cuba, yang penting posisi tersebut boleh membuatkan ibu selesa semasa sesi menyusu dan tidak mengganggu lekapan bayi ketika menyusu. 



Jika bayi ada masalah untuk menyusu kali pertama, ibu jangan putus asa. 

Usahakan untuk lekapan setiap hari sehingga ibu dan bayi berjaya. Bagi masa kepada ibu dan bayi untuk berlatih. Practice makes perfect!!

Semoga bermanfaat ibu. 


Bayi kenyang, ibu bahagia. Selamat menyusu ibu

DENGAN KASIH SAYANG,

UMMI HUDA

No comments:

Post a Comment